Pembekal Makanan Pilihan Anda
Pada Disember 2023, TMG Group ditubuhkan dengan visi yang jelas – untuk menjadi pembekal produk makanan halal yang dipercayai dan berkualiti di Malaysia. Bermula sebagai syarikat bumiputera yang kecil di Melaka pada tahun 2010, syarikat ini cepat berkembang dan berjaya menubuhkan tiga anak syarikat di bawah satu payung: Passa, Ayamku, WD, dan TMG. Penstrukturan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan terhadap barangan kering, makanan sejuk beku dan bahan mentah halal yang segar. TMG Group menyediakan "pusat sehenti" untuk pelanggan supaya mendapatkan produk pada harga yang berpatutan dan menjimatkan masa serta kos.
Sepanjang 14 tahun, TMG Group telah menghadapi pelbagai cabaran dan peluang. Komitmen kami untuk mengekalkan kualiti dan kepercayaan pelanggan telah membuahkan hasil. Kami telah mengembangkan perkhidmatan kami ke Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor. Kami juga dapat memenuhi keperluan agensi kerajaan, institusi dan syarikat PKS. Sehingga hari kini, kami telah berkhidmat melebihi 270 pelanggan.